Wednesday, June 4, 2008
KHAMIS
Tuesday, June 3, 2008
RABU
Sunday, June 1, 2008
Tangan Sakit
Sunday, April 27, 2008
ISNIN
Wednesday, April 23, 2008
KHAMIS
Wednesday, April 16, 2008
Nineteen Minutes

Tuesday, April 8, 2008
Kemarahan

i) Jangan bimbang
ii) Jangan biarkan ketakutan tidak beralasan menguasai hidupmu
iii) Jangan menyimpan dendam
iv) Selesaikan masalah dengan bijak(one by one)
v) Semua masalah tak perlu dibawa tidur
vi) Jangan mencampuri masalah/urusan orang lain
vii) Jangan hidup pada kenangan silam
viii) Jadilah pendengar yang baik
ix) Jangan biarkan rasa kecewa merosak dan mengatur hidupmu
x) Hitunglah rahmat Allah-pastikan anda sedar bertapa bertuahnya anda!
Sunday, April 6, 2008
Kematian

Thursday, April 3, 2008
Muhaizan - The Untold III
1978- 1983
Ibu kebiasaannya akan ke pekan Rantau Panjang atau ke seberang Sg. Golok pada setiap awal bulan atau setiap kali hasil getah dijual. Kami anak-anaknya akan menunggu dengan sabar di rumah menuntut ole-ole dari ibu. Memang itulah kebiasaannya. Dan biasanya ibu akan membeli mee goreng, nasi berlauk dan macam-macam lagi yang lain dari yang lain, memandangkan pada hari-hari biasa kami hanya akan memakan roti canai atau nasi semalam yang pada aku cukup sedap, tak perlu dihangatkan dan cukup menyelerakan . Jika dikenang kembali barulah aku sedar kenapa sekarang aku menyukai mee goreng, rupanya ia adalah satu makanan yang cukup mewah dan jarang-jarang diperolehi ketika kecil.
Pada ketika ini juga ibu akan membeli daging atau ayam dan beberapa barangan lain yang tidak termampu dibeli pada hari-hari biasa terutamanya ketika hujung bulan. Lauk kami pada kebiasaannya hanya ikan tuna(ikan aya atau tongkol) rebus dan digoreng. Tak dapat dibayangkan bertapa bosannya aku disua dengan lauk yang sama pada tiap-tiap hari, sehinggalah pada suatu hari terkeluar juga dari mulut aku `Ma, kenapa kita hari-hari makan ikan rebus je?' Dan masih terngiang di telinga ku, jawapan ibu `Jika nak makan lauk ayam dan yang sedap-sedap, kenalah belajar rajin-rajin' . Tapi aku? rajin belajar? Tidak pernah ada keinsafan di usia tersebut. Buktinya aku sanggup ponteng sekolah ketika hari pertama ibu membawa pulang sebuah tv hitam putih. Pada aku ia sesuatu yang patut dirai dan dirayakan.
Tahun 1982 hingga 1983, iaitu dari darjah 5 hingga 6 aku bersekolah di Sek.Ren. Keb. Paloh Kota Bharu. Aku tak tau kenapa, pada tahun 1982, kami berpindah ke Kota Bharu, Kampung Pintu Geng, kampung ibu. Bermulalah satu perjuangan baru untukku. Sekolah baru, kawan baru, suasana baru dan serba-serbi baru yang perlu diadaptasi semula oleh aku. Tapi itulah kehidupan, kena pandai dan cekal membawa diri.
Zaman persekolahan cukup mencabar kerana saingan cukup hebat. Aku kanak-kanak normal yang boleh dikategori tidak terlalu pandai dan tidak terlalu bodoh. Aku meminati mata pelajaran Bahasa Inggeris tapi aku cukup bodoh dalam mata pelajaran ini. Menulis dan membaca masih merangkak-rangkak dan aku cukup malu dengan kawan-kawan yang telah terkehadapan.Dengan usaha dan tekad untuk mengubah diri, aku belajar menyintai subjek ini, mula menanya individu yang arif, mula mendengar dan membaca dalam bahasa inggeris dan sebagainya. Ibu banyak memberi sokongan walaupun tidak berbentuk wang ringgit .
BERSAMBUNG....
Tuesday, April 1, 2008
Muhaizan - The Untold II
Merupakan tahun-tahun permulaan untuk mengenal hidup. Tahun mula-mula merangkak untuk mengenal realiti. Saya dimaklumkan oleh ibu bahawa saya dilahirkan di Kota Bharu tetapi seingat akal saya membesar dan mula mengenal ABC di Rantau Panjang. Tahun 1971 saya dilahirkan setelah kelahiran saudara sulong perempuan pada tahun 1963 dan saudara lelaki pada 1968. Merupakan anak ke tiga sebelum ibu menutup tirai dengan seorang saudara lelaki pada tahun 1973.
Saya dilahirkan dari keluarga susah. Tapi pada usia semuda rebung apa erti kesusahan.Apa yang menjadi keutamaan ialah keseronokan menjadi diri sendiri.Tiada apa yang bermain di kepala, tiada rezeki yang perlu dicari, tiada kesusahan yang perlu dirintihi dan tiada masalah yang perlu diteliti. Seingat saya, ibu mencari rezeki dengan menoreh getah dan membuat kuih untuk jualan. Bapa di awal kehamilan ibu telah betolak ke Jerantut lantaran tuntutan pekerjaan. Menurut ibu, bapa pada mulanya tidak berhasrat untuk bekerja di Jerantut tapi atas desakan ibu yang bertalu agar bapa menerima tawaran tersebut kerana dari pengamatan ibu, bapa tidak mempunyai minat atau kecenderungan langsung untuk menjadi seorang penoreh getah.
Berada di alam ini adalah satu keseronokan. Membesar sebagai budak kampung yang banyak tidak diketahui melainkan alam sendiri. Pergaulan abang dan adik lelaki menyebabkan saya juga menjadi seperti sebahagian dari mereka. Di ketika ini kakak saya belajar di Kota Bharu demi mendapat didikan yang lebih terurus bersama makcik dan nenek sebelah ibu.
Kegiatan saya ketika di usia tersebut selain menyusahkan ibu,saya juga mengikut aktiviti saudara lelaki saya iaitu memancing, melastik burung, mandi sungai, bermain mak yung, wayang kulit, menjadi penoreh dan lain-lain aktiviti yang tidak terfikir olah akal. Saya juga menyukai binatang seperti kucing, kambing dan anjing. Masih kuat di ingatan macamana anjing yang dibela ibu untuk menjaga kediaman telah disalahgunakan oleh saya. Saya telah menganggapnya sebagai `pet' dengan mandi, bermain dan makan bersamanya. Berwarna tompokan hitam-putih, besar badannya dan amat garang tapi tidak pada tuannya.Ia akan menyalak bertalu-talu jika seseorang yang tidak dikenalinya menghampiri kawasan kediaman kami. Menurut ibu dia mendapat anjing tersebut dari seseorang dan telah membelanya dari kecil. Kebiasaannya dia akan ditambat pada tiang di hadapan rumah kami dan pada sebelah malamnya akan tidur di atas batu besar di belakang rumah. Anjing tersebut menurut ibu banyak jasanya, menemani ibu menoreh di awal subuh, menjaga rumah ketika ketiadaan penghuni dan sebagainya. Ibu akhirnya terpaksa menyerahkan anjing tersebut kepada seseorang kerana ianya terlalu garang dan menyebabkan kami menjadi ketakutan dan umpatan jiran. Ibu menangis, mungkin saya juga tapi di ketika itu, itu adalah keputusan yang tepat.
Rasanya membesarkan anak sendirian tanpa suami di sisi adalah satu cabaran yang cukup besar untuk ibu apa lagi dengan kegiatan kami yang cukup menguji kesabaran ibu. Di awal-awal tahun persekolahan ini juga saya cukup malas untuk ke sekolah, lebih seronok bermain. Adalah satu keseronokan yang tidak terhingga jika dapat ponteng sekolah dan menghabiskan masa dengan mandi sungai, masuk hutan dan lain-lain aktiviti yang langsung tidak bererti. Kebiasaanya saya juga terpaksa menemani ibu menoreh jika paginya masih terlalu kelam dan ibu memerlukan teman. Ibu tidak memberi upah sebaliknya saya akan meminta upah untuk tidak mau kesekolah. Di waktu itu pandangan saya mengenai sekolah ianya adalah sebuah penjara yang menyekat kebebasan.
Saya mula mengenal sekolah pada tahun 1978 iaitu sebagaimana yang diwajibkan oleh Kerajaan setelah berusia 7 tahun. Bersekolah dari darjah 1 hingga 4 di Sek. Ren. Keb. Rantau Panjang. Sekolah besar yang berhampiran dengan jalan yang besar Rantau Panjang dan juga Thailand. Agak merbahaya jika tidak berhati-hari dengan trafik. Selain dari warga dari Malaysia terdapat juga warga melayu siam yang belajar di kelas saya. Kebiasaanya kami akan berkolek ke seberang melalui Sg. Golok di waktu rehat untuk bersantai. Dengah dayuhan dari budak-budak yang seusia 6 dan 7 tahun kami merasakan ianya adalah cukup selamat dan selesa.
BERSAMBUNG.....
Terima kasih
i)Roswaniwati Mohd Nor - She is my best friend. The one that i can lean on. Put my shoulder to cry on. We are together and stick as best friend since we were in form 3, Sek. Men. Keb. Kota, Kota Bharu, went through thick and thin together. We are totally differ in many ways but hey.... friends were made to complete each other. Nowdays she is working somewhere in Shah Alam and coz of the work commitment we just hang up together once a while. So that's it!
ii)Vijayaletchumi a/p Maniam - She is a friend full with motivation words. I knew her since my diploma years in Universiti Teknologi Malaysia, (UTM)Jalan Semarak, KL. She is originated from Kuantan and did traveled every alternate weeks to attend the classes. I turn to her when i feel bad and she never failed to cheer me up. What i respect abt her is she always in positive and good mood....well maybe coz of the motivation books that she keep on reading. She just a gift and trust me u'll be glad to have her as a friend. She manages herself well and i envy that! Once she told me `YOU WILL LIVE LIKE HELL IF U DONT HAVE ANY FRIENDS'.
iii) Roseni Shaari-An old buddy from politechnic and ex-LLM staff, she's working in MATRADE now and also busy with her daily routines. Thanks for keep SMSes me once a while. She is good coz no matter how busy, she's always try to keep the r'ship alive and i salute her for this kind of attitudes.
iv)Ghazali Wahab, Nor Azman Ghani, Sarimah, Rusnani, Jue - These are my friends from polytechnic years (Politeknik Kota Bharu). Thanks for still have an extra time to chat with me once a while.
v) Kawan-kawan sepejabat dan jiran tetangga yang masih sudi untuk menanya khabar dan ambil berat. Thanks, sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalas terhadap jasa-jasa yang kadang-kadang teralpa kerana kita sebagai hambaNya tak pernah lari dari sifat pelupa.
Sunday, March 30, 2008
Usman Awang Biografi dan Benua Rusuh
Dari biografi ini juga ianya membuka ruang minda saya tentang banyak perkara mengenai SN Usman Awang. Bagaimana beliau hanya lulusan darjah 6, bermula dari susur galur yang susah, penuh kepayahan bertukar menjadi manusia hebat dan akhirnya mendapat gelaran Datok Dr. di penghujung usia. Semangat dan kesungguhan yang ada pada SN Usman amat dikagumi, seorang manusia yang mempunyai imaginasi yang tinggi sehingga tercipta hasil karya yang berjiwa.
Berbalik kepada penulis SN Muhammad Haji Salleh. Bahasa digarap sungguh indah dan mudah, walaupun bernada lembut tapi tegas. Sesungguhnya bukan mudah untuk menulis sebuah biografi, untuk berlaku adil kepada semua pihak, apalagi untuk memuaskan hati semua terlibat. Dengan kajian terperinci, dengan temuramah yang tidak semuanya datang dengan ramah tamah, dengan tuntutan masa yang tidak menentu. Sesungguhnya saya cukup kagum dengan hasil usaha sebegini. Penat jerih untuk menulis sebuah biografi bukan mudah. Apalagi datangnya dari SN hebat ini.
So guys, just go and grabs the book!
The Birthday
Yesterday my best buddy did come here and we just roamed around in the mood of my birthday and the place was Metro Kajang. I was feeling good coz it been along time tidak melawat Kajang. A very crowded place and the traffic was so peak in whatever time and i hate it so much. Since nothing in particular we just get a ticket for a movie and `vantage point' was our mangsa. A very pack action movie, If u like 'italian job' u will also hook into this movie. After that we have our lunch at odd hour with sizzling mee and claypot rice. The taste was so weird (claypot rice).
Late last nite, i received a wish from him. Aku tak pasti kenapa dia masih nak mengingatinya. Anyway thank you. Cinta tanpa keberanian dan tindakan itu bukan cinta namanya. It maybe a lust but not a love. Azam aku untuk hari-hari mendatang ini as usual to live a life in positive way, positive attitudes and positive thinking. Do something that i like and do not burden myself dengan sesuatu yang mendukacitakan aku, yang buat aku membazir masa memikirkannya dan tidak mendatangkan hasil. Aku juga ingin jauhi dendam dalam diri , menepis segala hasad, ingin lari dari segala sifat2 jaki yang mengotorkan hati dan diri. Tolong aku YA ALLH. LIFE IS SHORT!
Wednesday, March 26, 2008
Muhaizan - The Untold
Nama saya Muhaizan. Seorang perempuan yang dilahirkan pada 31.3.1971 di Kota Bharu Kelantan. Sebelum cerita berkisar mengenai diri sendiri, saya suka memperkenalkan kedua Ibu Bapa yang penuh penat lelah membesarkan saya sehingga berlanjutan ke usia ini.
Ibu saya Zabidah@Bidah Ismail. Berasal dari Kota Bharu dan dilahirkan pada tahun 1936. Ibu saya dibesarkan oleh neneknya dimana semasa kecil terpaksa merayu merengek untuk bersekolah. Alhamdulilah dengan usaha sendiri dan persetujuan nenek, ibu berjaya menjejakkan kaki ke sekolah. Tahun 1930an bukanlah suatu kebiasaan untuk melihat kanak-kanak perempuan berada di sekolah. Awal belasan tahun dan tamat persekolahan, Ibu bekerja sebagai guru agama di sebuah sekolah di Melur. Sesuai kematangan usia, ibu dikahwinkan dengan seorang pemuda kampung, kalau tak silap namanya Awang. Sesuatu yang mengelikan hati ialah menurut ibu, beliau kekal dara lantaran kebencian terhadap suaminya itu dan minta diceraikan. Alasan ibu dia tidak dapat menerima lelaki tersebut kerana dia buta huruf dan tidak tahu membaca berbeza dengan ibu.
Pada pengamatan mata kasar saya pewatakan dan peribadi ibu saya adalah begini :-
Kurus, tidak tinggi dan tidak rendah, berkulit sawo matang, mudah di bawa berbincang, cerdik, kuat usaha dan penuh daya juang untuk hidup. Angin dan emosinya sentiasa stabil, tidak mudah mengamuk cuma leterannya akan menyanyi di telinga kalau anak-anak malas belajar atau membantunya. Suka bercakap dan memberikan pendapat. Ibu seorang yang taat dan patuh pada suami walaupun ada ketika dan masanya dia tidak perlu berbuat demikian. Ibu seorang yang lemah lembut tapi jiwanya keras. Mungkin kepayahan hidup di zamannya membuat diri keras. Ibu juga dalam ilmu akhiratnya yang sedikit sebanyak medidik kami untuk tidak jauh tersasar.
Bapa saya. Ishak Iberahim. Berasal dari Rantau Panjang dan dilahirkan pada tahun 1942. Ia bapa saya muda enam tahun dari ibu dan ini adalah sesuatu yang mengejutkan kerana jika dibandingkan dengan zamannya si suami lebih ketara beristeri muda yang jarak usianya bukan setahun dua tapi puluhan tahun. Ibu bapa saya adalah antara yang berbeza. Saya tak pernah tau dan silapnya tak pernah bertanya macamana mereka berjumpa dan boleh berkahwin. Apa yang pasti mereka disatukan atas rasa cinta dan pada tahun 1963 lahirlah buah cinta mereka yang pertama.
Perwatakkan bapa saya pula adalah sebegini :
Bapa dan Ibu saya adalah 2 orang individu yang terlalu kontra sifat dan sikapnya. Rasanya inilah penyebab utama mereka masih kekal bersama. Bapa seorang yang agak berisi, berperut buncit(Pemerhatian saya hari ini bapa suka makan bersulam air, rasanya inilah penyebab utama), berkulit putih dan pendiam. Saya tak pasti fizikalnya ketika muda belia tetapi seingat akal, begitulah fizikalnya ketika saya sudah boleh mengenal apa itu A, B, C. Bapa seorang panas baran, tidak sabar, mudah gelisah dan tidak stabil emosinya. Saya tak pasti sikap dan sifat bapa yang lain kerana sepanjang ibu mengandungkan saya sehinggalah berusia 30 tahun, bapa sudah membawa diri untuk bekerja di Jerantut Pahang. Secara logiknya tentulah kami lebih akrab dan mengenali ibu. Tapi di masa dan ketika ini bapa sudah lembut hati dan jiwanya, penyayang, terbuka dan memahami jiwa anak-anaknya. Mungkin juga di saat dan ketika ini bapa ingin menebus semula tanggungjawabnya sebagai bapa yang selama 30 tahun terabai.
BERSAMBUNG....
Tuesday, March 25, 2008
Hari ni saya nak menulis mengenai beberapa buah buku yang telah saya baca. Sebenarnya terlalu banyak buku yang telah dibaca sehingga lupa tajuk-tajuknya. Saya sepatutnya menulis atau membuat penandaan di mana-mana untuk setiap buku yang telah saya baca. Oh ya sebelum itu saya ingin bercerita tentang tekad dan nekad saya yang telah lama tersimpan dan berjanji dengan diri sendiri untuk merealisasikannya dalam masa terdekat. Saya ingin memahami makna bacaan arab dalam setiap solat 5 waktu. Rasanya sungguh tidak masuk akal jika kita solat dengan bersungguh2 dengan penuh khusyuk dan tawaduk tapi tidak memahami maknanya. Sering terpikir adakah saya akan terus melaksanakan ibadat wajib ini tapi rasa ingin memahami maksudnya? Malu pada Tuhan dan malu pada diri sendiri. Kenapa kesungguhan untuk benda lain ada tapi tidak pada ibadat solat yang merupakan Rukun Islam yang pertama. Tolonglah Ya Allah untuk kuatkan semangat dan keinginan aku yang satu ini.
Oklah, back to the business. Buku-buku tersebut adalah sepertimana berikut :
i) Anna Karenina Part i and II karya Leo Tolstoy - sebuah karya agong penulis dari russia, satu novel yang payah dan sukar untuk difahami dan perlu dibaca bukan saja dengan deria mata tetapi memerlukan bantuan dari deria-deria lain, apa lagi dengan deria hati(perasaan). Rasanya semua penulis2 hebat, stail penulisannya samada akan memeningkan kepala kita jika tidak penulisnya sendiri.
ii)Chinese Cinderella karya Adeline Yen Mah - Penulis merupakan warga cina Amerika yang menulis kisah benar mengenai perihal diri sendiri. Macamana kesukaran seorang insan yang kehilangan ibu ketika melahirkannya, dari keluarga kaya, dibuli saudara dan susur galur hidup yang penuh pancaroba sehinggalah di akhir hidupnya menjadi seorang doktor di Amerika Syarikat. Sesungguhnya buku ini adalah motivasi yang berguna untuk diri sendiri.
iii)New Moon karya Stefanie Meyer- Ini adalah novel yang tersilap pilih. Ianya kisah percintaan seorang gadis belasan tahun(teenager) dengan seorang (atau seekor)pontianak. Tulisannya bagus dan penulisnya adalah lulusan sastera English. Buku ini bagus untuk remaja dan muda mudi terutama yang baru berjinak-jinak dengan bacaan novel. Saya cuba menghabiskan novel ini tetapi tidak berjaya memandangkan ia gagal untuk mempengaruhi saya ke dalam dunia pontianak. Novel ini akhirnya dipulangkan setelah separuh dikhatam.
Tuesday, March 18, 2008
The White Masai
Buku ini menyedarkan saya bahawa dalam kemodenan manusia sejagat hari ini, masih terdapat puak-puak yang selesa dengan budaya dan identiti sendiri. Masyarakat masai masih minum darah lembu, masih bina rumah dari tahi lembu, masih menunaikan hajat di celah-celah rumpu mampu, kahwin dan beranak diusia muda belia dan sebagainya. Buku ini jika tidak secara keseluruhan pun ianya sedikit sebanyak menceritakan berkenaan masyarakat masai secara am. Sekurang-kurangnya anda tidak perlu pergi ke Kenya untuk mempelajari budayanya :-).
Half Of The Yellow Sun
Back to the book.Half Of the Yellow Sun was the latest book written by nigerian writer Named Adiechie. She is very young and i solute her for the great novel. Buku berkisar tentang perang saudara (ini kejadian benar)di Nigeria antara tahun awal 60an sehingga tahun 70. Perang di Nigeria yang menyebabkan wujudnya negara Biafra(wujud antara tahun 1967-1970). Pertikaian, kebuluran, kemiskinan, pelarian, pembunuhan disebabkan perkauman dan perbezaan agama. Beberapa helaian dari novel ini terpaksa saya skip terutama ketika perincian mengenai pembunuhan yang amat ngeri dan sukar diterima akal.Sesuatu yang pelik dan ganjil abt negeri di Afrika ini ialah kekerapan mereka untuk berperang. I wonder why? bukankah kita semua ini manusia berakal yang hanya menumpang sementara dan akan kembali ke bumi juga bila tiba masanya.
mum's getting better
Well i will try to talk abt something else sooner or later. Mostly abt what i like to do. A book, movies and else that make me feel worth living.
Thursday, March 6, 2008
still worried
I have decided that im going home tomorrow after the election or on sunday 9th of March. I really have to do this coz im so uncomfortable thinking abt my mum. I feel so 'berserabut' and can't concentrate.I have to be near and surrounding her. Maybe i cant do nothing to help but i will give whatever i can in order to make her feel comfortable. I really hope and pray to Allah that my mum illness is not serious and is going to heal soon.Im not ready to loose her yet. Ya Allah help me.
Wednesday, March 5, 2008
mum the great
Last nite i made a call to my hometown. And for a second time (the first time was last week)my dad told me that my mum was in clinic and again coz of her state of health. Talking to my parents and knowing that they are not feeling well really put me in tears but as usual i always good at holding my tears, pretending that im still can cope with it.I dont want to loose them yet.Im not strength enough.
