Saya sebenarnya kalau boleh setiap hari ingin menulis di my blog. Blog seharusnya dikunjungi oleh saya setiap hari memandangkan ianya adalah sebuah diari visual. Tetapi memandangkan tugasan menggunung dan terikat pulak dengan tugasan harian, maka kesempatan yang diperolehi hanya dari masa-masa yang dicuri.
Hari ni saya nak menulis mengenai beberapa buah buku yang telah saya baca. Sebenarnya terlalu banyak buku yang telah dibaca sehingga lupa tajuk-tajuknya. Saya sepatutnya menulis atau membuat penandaan di mana-mana untuk setiap buku yang telah saya baca. Oh ya sebelum itu saya ingin bercerita tentang tekad dan nekad saya yang telah lama tersimpan dan berjanji dengan diri sendiri untuk merealisasikannya dalam masa terdekat. Saya ingin memahami makna bacaan arab dalam setiap solat 5 waktu. Rasanya sungguh tidak masuk akal jika kita solat dengan bersungguh2 dengan penuh khusyuk dan tawaduk tapi tidak memahami maknanya. Sering terpikir adakah saya akan terus melaksanakan ibadat wajib ini tapi rasa ingin memahami maksudnya? Malu pada Tuhan dan malu pada diri sendiri. Kenapa kesungguhan untuk benda lain ada tapi tidak pada ibadat solat yang merupakan Rukun Islam yang pertama. Tolonglah Ya Allah untuk kuatkan semangat dan keinginan aku yang satu ini.
Oklah, back to the business. Buku-buku tersebut adalah sepertimana berikut :
i) Anna Karenina Part i and II karya Leo Tolstoy - sebuah karya agong penulis dari russia, satu novel yang payah dan sukar untuk difahami dan perlu dibaca bukan saja dengan deria mata tetapi memerlukan bantuan dari deria-deria lain, apa lagi dengan deria hati(perasaan). Rasanya semua penulis2 hebat, stail penulisannya samada akan memeningkan kepala kita jika tidak penulisnya sendiri.
ii)Chinese Cinderella karya Adeline Yen Mah - Penulis merupakan warga cina Amerika yang menulis kisah benar mengenai perihal diri sendiri. Macamana kesukaran seorang insan yang kehilangan ibu ketika melahirkannya, dari keluarga kaya, dibuli saudara dan susur galur hidup yang penuh pancaroba sehinggalah di akhir hidupnya menjadi seorang doktor di Amerika Syarikat. Sesungguhnya buku ini adalah motivasi yang berguna untuk diri sendiri.
iii)New Moon karya Stefanie Meyer- Ini adalah novel yang tersilap pilih. Ianya kisah percintaan seorang gadis belasan tahun(teenager) dengan seorang (atau seekor)pontianak. Tulisannya bagus dan penulisnya adalah lulusan sastera English. Buku ini bagus untuk remaja dan muda mudi terutama yang baru berjinak-jinak dengan bacaan novel. Saya cuba menghabiskan novel ini tetapi tidak berjaya memandangkan ia gagal untuk mempengaruhi saya ke dalam dunia pontianak. Novel ini akhirnya dipulangkan setelah separuh dikhatam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment