Saya baru sahaja menghabiskan biografi Usman Awang hasil tulisan Sasterawan Negara (SN)Muhammad Haji Salleh. Seronoknya membaca tulisan dari SN menulis tentang SN yang lain. Secara khususnya saya tidak meminati Usman Awang, tapi pada umumnya saya suka membaca karya-karya hebat, menulis tentang seseorang yang hebat walaupun orang yang membacanya tidaklah sehebat mana :-).
Dari biografi ini juga ianya membuka ruang minda saya tentang banyak perkara mengenai SN Usman Awang. Bagaimana beliau hanya lulusan darjah 6, bermula dari susur galur yang susah, penuh kepayahan bertukar menjadi manusia hebat dan akhirnya mendapat gelaran Datok Dr. di penghujung usia. Semangat dan kesungguhan yang ada pada SN Usman amat dikagumi, seorang manusia yang mempunyai imaginasi yang tinggi sehingga tercipta hasil karya yang berjiwa.
Berbalik kepada penulis SN Muhammad Haji Salleh. Bahasa digarap sungguh indah dan mudah, walaupun bernada lembut tapi tegas. Sesungguhnya bukan mudah untuk menulis sebuah biografi, untuk berlaku adil kepada semua pihak, apalagi untuk memuaskan hati semua terlibat. Dengan kajian terperinci, dengan temuramah yang tidak semuanya datang dengan ramah tamah, dengan tuntutan masa yang tidak menentu. Sesungguhnya saya cukup kagum dengan hasil usaha sebegini. Penat jerih untuk menulis sebuah biografi bukan mudah. Apalagi datangnya dari SN hebat ini.
So guys, just go and grabs the book!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment