Sunday, April 6, 2008

Kematian



Kematian?suatu hakikat yang perlu ditempuhi untuk setiap jasad berjisim. Tidak kira tua, muda, sihat walafiat atau sakit berlarut. Jika ajalnya sudah mengetuk menghampiri tiada siapa dan apa boleh menghalangnya.
Di sebelah ialah kawan sepejabat Allahyarham Sy. Mohd Faruk bin Sy. Abdul Malik di usia muda belia telah meninggalkan apa yang belum sempat diperolehinya di kemuncak usia. Meninggal ketika berusia 36 tahun kerana komplikasi paru-paru pada awal tahun 2007. Tiada siapa yang menduga dan menjangka kerana sesungguhnya ajal itu di tangan Dia yang Maha berkuasa selain rezeki dan jodoh.
Sesuatu yang pasti telah berlaku tapi kita sebagai hambaNya adakah telah mempelajari dan memperolehi sesuatu? Rasanya banyak amalan yang masih terabai. Banyak perkara yang sepatutnya boleh dibuat bekal tapi masih lagi cuai.
Saya telah kehilangan nenek di sebelah ibu(2007) dan datuk(2003) di sebelah abah. Masing-masing telah berusia 80an. Tanpa membawa penyakit berat yang melarat, diri tertanya sendiri, adakah aku akan sedemikian rupa. Aku belum bersedia untuk meratapi insan terdekat menuju abadi. Sakit ma dan abah acapkali menyentap sanubariku.Tapi itulah realiti, selagi bergelar manusia, tanpa redha dan rela, itulah jalan dan hala kita.

No comments: