
Ini kawan saya. Vijayaletchumi and vj for a short. Vj seorang yang istemewa kerana anda tak akan merasa lemah semangat, putus jiwa dan kecewa berlarutan jika anda merujuk kepadanya untuk setiap permasalahan dan ini saya tau kenapa. Vj banyak membaca buku motivasi dan untuk setiap perkara baru yang diperolehinya akan disebarkan pula kepada kawan-kawanya dan saya adalah salah seorang yang bertuah. Terima kasih kepada SMS yang memainkan peranan besar di zaman ICT ini.
Suatu ketika, salah satu perkara yang saya paling alah ialah kegagalan mengawal kemarahan. Di waktu usia muda belia saya cukup mudah melenting untuk sesuatu yang tidak puas hati, kemarahan dan dendam berlarutan, berteman dengan rasa tidak puas hati dan hasad melingkari. Menginjak usia senja kegagalan untuk mengawal rasa dan sifat jengkel ini masih ada walaupun sudah semakin reda. Rasa putus asa, lemah semangat dan putus jiwa sering menghimpit untuk setiap kegagalan. Merintih dan menyalahlah takdir.
Vj adalah salah seorang peniup semangat. Baginya hidup adalah mudah. Pandanglah masa hadapan dengan azam, kutip sisa-sisa semalam untuk jadikan pengajaran dan jalani hari ini dengan cemerlang. Motivasinya menggunung dan ini sesungguhnya membuat kita malu sendiri lantaran sikap dan sifat yang alpa untuk mengsyukuri. Pesan Vj, penuhi diri dengan ilmu walaupun hanya untuk kekayaan jiwa. Bina jati diri dan buang semua sifat-sifat negatif yang akhirnya hanya akan menelan diri sendiri.
Melihat pada diri sendiri saya terlalu kerdil untuk menasihati orang lain tapi Vj cukup mengajar saya waktu untuk cool down, tau bila masa untuk redha dan reda, mengurus kemarahan dan membuang rasa dendam. Ianya payah namun sebagai manusia yang ada akal fikiran, dengan keazaman untuk berubah dan dengan kepercayaan hukum karma, saya didik diri untuk cuba memandang dunia ke arah jalan yang diredhai Tuhan.
Berikut ialah antara kata-kata yang diceduk yang boleh diterimapakai untuk kebahagian hidup:-i) Jangan bimbang
ii) Jangan biarkan ketakutan tidak beralasan menguasai hidupmu
iii) Jangan menyimpan dendam
iv) Selesaikan masalah dengan bijak(one by one)
v) Semua masalah tak perlu dibawa tidur
vi) Jangan mencampuri masalah/urusan orang lain
vii) Jangan hidup pada kenangan silam
viii) Jadilah pendengar yang baik
ix) Jangan biarkan rasa kecewa merosak dan mengatur hidupmu
x) Hitunglah rahmat Allah-pastikan anda sedar bertapa bertuahnya anda!

No comments:
Post a Comment