Wednesday, January 27, 2010

When Will I......



This is my lastest photo taken when i went for a site visit along North South Expressway last Monday. What a very hot day and i just can't stand the w'ther. Thanks God its only a day. I like this picture becouse it show me in skinny shape. In real im not very thin but in this picture it looks so different.

Monday, January 4, 2010

Jodi Picoult

Hampir setahun tidak menulis di blog sendiri. Kesibukkan kerja dan kegilaan mengadap hasil kerja orang lain membataskan diri untuk menulis. Selain menyukai karya berbentuk memoir, biografi dan yang seumpama dengannya, kegilaan terbaru saya ialah Jodi Picoult. Jodi buat diri ketagih. Cubalah dan anda tidak akan menyesal mengenal penulis ini.

Minggu lepas di Panca Indera terbaca karya terbaru Faisal Tehrani di ruangan cerpen. Lama tidak mengadap karya beliau dan nampaknya Faisal telah menjawab pertuduhan terhadapnya.

Selamat Tahun Baru Masehi dan Hijrah untuk semua!!!

Tuesday, February 10, 2009

KEINGINAN

Azamku untuk menulis masih tersemat rapi, entah bila akan terlerai.Aku sebenarnya suka dan terlalu suka membaca karya orang lain, mengintai pengalaman orang dan mengembara melalui kacamata orang. Dulu aku suka membaca hanya untuk mengisi masa lapang dan kini aku ketiadaan masa lantaran terlalu suka membaca. Pintaku biarlah ia membuah kepada sesuatu yang baik dan bakal diwarisi/dicontohi oleh generasiku yang akan datang.
Aku tidak mengimpikan sebuah karya yang agong, cukup sekadar sekiranya aku boleh menulis sehebat Andrea Hirata, Fatimah Busu, Zaharah Nawawi, Abdullah Hussien, Azizi Abdullah dan lain-lain yang boleh mengoncang sanubariku. Aku terlalu suka membaca autobiografi, kisah benar, pengalaman hidup dan apa sahaja yang berbentuk kreatif. Andrea Hirata ialah penulis terbaru yang berjaya mengetuk pintu hatiku untuk membaca karya Indonesia(itupun setelah dialih bahasa). Andrea seorang penulis yang menulis dari kata hati, penulis yang tiada ilmu penulisan, menulis sesuatu yang jarang ditulis orang dengan gaya bahasa yang belum pernah aku baca. Tulisannya membuat aku berfikir, tersindir dalam ketawa, tersenyum dalam kelucuan dan terharu dalam kekaguman. Aku belum pernah membaca karya yang ditulis sebegitu rapi dan teliti, tidak berbentuk motivasi tetapi terasa terisi. Bolehkah aku menulis seperti Andrea, rasanya tidak dan cukuplah hanya ada seorang Andrea Hirata.
Kesibukkan kerja juga membelenggu aku dari meneruskan hasrat ini. Tapi ini semuanya alasan kerana pepatah ada mengatakan `kalau hendak seribu daya'. Aku malas menulis di rumah berdasarkan faktor ketiadaan pc, masaku untuk membaca terhalang, aku sudah penat mengadap pc di pejabat dan lain-lain alasan remeh. Kalu macam ini bila masa aku akan menulis?? Nampaknya akan kutunggu lagi agar keinginan ini betul-betul membuak dan tidak dapat dihalang. Untuk sementara ini biarlah aku menghargai karya orang kerana terasa alangkan ruginya sekiranya sebuah karya yang hebat tidak dibaca dan dihayati malah dibiarkan begitu sahaja.

Friday, February 6, 2009

SEBUAH DENDAM YG SURAM

Siapa yang tidak pernah berdendam? Aku pernah dan masih. Walaupun hati dan mulutku cuba untuk menidakkan dengan kata-kata tapi jauh di sudut hati ianya masih melekat dan sukar dibuang. Aku selalu bertekad dalam diri dan hati untuk menjauhi sifat tersebut dan cuba mengubatinya dengan mengambil pendekatan yang positif tapi jauh di sudut hati ianya masih melingkari dan sukar untuk dileraikan.
Aku cuba mengikis sifat ini bertahun lamanya, mengubati dengan segala usaha yang ada, jerih yang masih bersisa. Namun sukarnya ia untuk berpisah dengan jasad menjadikan aku manusia yang masih belum berupaya untuk bergelar layaknya `manusa'. Kenapa aku masih berdendam? Kenapa mulutku mudah untuk menuturkan `Aku maafkan kau' sedangkan hakikatnya masih ada api yang belum padam?

Thursday, February 5, 2009

BE POSITIVE!

Aku selalu menekankan, walaupun apa jua masalah/kerenah yang mendatang, cubalah hadapinya dengan tenang dan menganggapnya hanya satu masalah sementara yang tak akan membelenggu aku dalam masa yang lama. Aku selalu ingatkan dalam diri, masa sukar pasti akan berlalu. Tetapi aku ni hanya manusia biasa, terkadang geram juga bila sesekali diri disapa dengan kerenah. Alhamdulilah, selayaknya aku hanya dihampiri dengan masalah2 ringan yang tidak terlalu membebankan kepala otak. Allah Maha Mengetahui, Dia tahu kemampuan hambaNya dan aku bersyukur untuk itu.

Rasa geram pada individu tertentu lantaran rasa ketidakadilan cuba ku buang jauh2 dan cuba menganggapnya sesuatu yang positif. Tiada manusia normal rasanya yang tidak mempunyai sifat2 negetif yang sesekali wujud dalam diri. Rasa meluat, menyampah, dendam membara, sedih mengila, marah menyala, dengki menghasut dan lain-lain yang negetif kekadang terlalu sering rasanya menyapa aku. Alhamdulilah rasanya dengan peningkatan usia ini aku hampir mampu dapat mengatasi rasa membuak untuk menumpahkan segalanya. Terima kasih kerana pada diri masih wujud rasa kewajaran untuk bertindak di luar batas normal. Ini bukan sesuatu yang mudah sebenarnya sekiranya kita gagal untuk mengawal batasan diri. Terima kasih Tuhan kerana menjadikan Muhaizan Ishak ini masih boleh bersifat dan bersikap waras!!!!

Wednesday, January 28, 2009

I MISS U

Testing my blog setelah lama tidak menulis

Thursday, January 15, 2009

Rindu untuk menulis!!!

I did miss my blog very much tapi tuntutan kerja menggila banyaknya...dan aku tidak akan menulis jika ianya adalah satu paksaan.

Membaca karya penulis hebat Indonesia Andrea Hirata menjadikan aku makin ketidaktentuan kerana aku juga ingin menulis, menulis dan terus menulis....ya Allah tolonglah aku.

Wednesday, June 4, 2008

KHAMIS

Aku sering mengalami sakit kepala terutama di sebelah petang. Walaupun tidak terlalu sakit tapi aku runsing juga kerana ianya hampir terjadi tiap-tiap hari. Aku khuatir jika penyakit lain pula yang menyusul ekoran dari sakit kepala ni. Ya Allah, aku mohon pada Mu agar dijauhkan segala penyakit yang menghalang aku untuk masih lagi ingin berbakti dan berbudi. Aku biasanya akan makan panadol jika sakit terlalu tapi untuk memakannya tiap-tiap hari aku tak sanggup.

Tuesday, June 3, 2008

RABU

- Pada 13.5.2008, Supiah Mat Hassan kawan semasa zaman Politeknik Kota Bharu datang melawat. Rasa sungguh teruja kerana ianya tanpa dirancang. Bayangkan selepas hampir 9 tahun tidak berjumpa, kesempatan itu datang pada hari ini. Bawa beliau ke Putrajaya(as always) dan makan sate kajang. Sesuatu yang mesti untuk first timer. Su sebenarnya ada kursus di INFRA Bangi selama lebihkurang seminggu. Su, its good to see u back, its true we are getting old, but that are life's about. Sedekah sedikit untuk anak-anaknya.
- Service kereta pada 28.5.2008 yang keKM60,000. Roughly aku service kereta dalam 2 kali setahun. Oklah tu untuk orang yang tidak lasak seperti aku. Bajet untuk major service tapi nampaknya still routine(minor) service, so selamat lagilah duit aku dan boleh spend for something else :-).
- Pada Sabtu, 31.5.2008, ke Majlis Khatam Al-Quran, Muis, anak rakan sejawat di Desa Pinggiran Putra. Sempurna majlisnya dan aku rasa kagum. (Muis bersunat pada Isnin 2.6.2008 kemudianya). Bersama-sama Mashitah dan Norlida yang kedua-duanya nampak bagus tapi as usual kami sesat...tapi still seronok mencari. Aku akui memang lemah dan blur kalau bab jalan dan laluan. Nampaknya otak aku memang tidak direka untuk mengingati benda tu semua.
- Pada sebelah petangnya my ex-UTM's friend and now bertugas di Majlis Daerah Kinta Selatan, Vijaya datang and slept in my house dan as usual pada malamnya aku bawanya melawat Putrajaya dan makan sate kajang. Memandangkan di Kajang sesak, aku hanya membawanya di Restoren Yus yang turut menjual sate. Nasib baik Vj bukan peminat sate. Vj tidak menghayati sangat Putrajaya malah becok bercerita tentang dirinya.(aku kekadang terpaksanya menyuruhnya berhenti bercakap sebab aku `penat' mendengar dan tidak faham...hehe) Maklumlah kami hampir 5 tahun tidak berjumpa dan hanya `bersua' via sms. Sesuatu yang baru, Vj memaklumkan bahawa beliau telah selamat mendaftar perkahwinannya dengan seseorang tapi masih belum menjalani upacara secara adat lantaran rintangan keluarga. Aku doakan semoga semua urusan pernikahnya dipermudahkan....at the same time aku kena mula survey hadiah perkahwinannya, maybe di Kota Bharu.
Esoknya ikut beliau pergi melawat kawan NGOnya di Taman Duyung Seremban. Selepas itu kami melawat muzium Seremban dan Kraftangan Seremban. Walaupun tidak membeli apa-apa seronok jugak sebab dapat aplikasi kamera yang baru dibeli.
- 3.6.2008, aku dapat memo sulit dari Bahagian Sumber Manusia untuk menyediakan gambar passport dan i.c. Belum pasti untuk apa, aku berharap ianya bukan sesuatu yang menimbulkan masalah tapi memberikan kebaikan untuk aku. Aku masih tidak mau berfikir untuk apa sebenarnya kerana tidak mau nanti hasilnya akan mengecewakan.
- 4.6.2008, punchkad aku merah today. Itulah, gamaknya aku leka dengan aktiviti pagi sehingga terlupa untuk bersiap awal. Tapi takpelah mana ada manusia perfect. Kalau sempurna sentiasa, itu bukan manusia namanya.

Sunday, June 1, 2008

Tangan Sakit

Agak lama tidak menulis di blog kerana keadaan tangan saya terasa sengal dan mudah penat jika sekiranya berada di posisi menaip di meja kerja untuk jangkamasa yang lama. Masa juga tidak mengizinkan untuk saya mengadap blog dan di rumah pula tiada komputer, lagipun saya lebih suka membaca jika berada di rumah. Nampaknya jika keadaan mengizinkan saya akan kembali aktif menulis di digital diary ni. Jika tidak, cukuplah masa yang tercurah dalam diari kat rumah sahaja.:-(

Sunday, April 27, 2008

ISNIN

Saya telah menguruskan penghantaran kasut bola kepada anak buah saya Mohd. Saifullah yang berada di Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu secara poslaju. Lega rasanya, moga muat dan dia dapat bermain bola dengan selesa. Saya tidaklah menggalakkan sangat dia taksub dengan bolasepak cuma rasa seronok dapat mengembirakan dia. Saifullah atau panggilan saya kepadanya Saypol merupakan anak ketiga dari abang saya, Tak tahu kenapa saya begitu menyayanginya walaupun dari jauh. Mungkin juga kasih tercurah kepadanya suatu ketika semasa abang dan keluarga menginap di Kem Askar, Bandar Tun Hussien Onn, KL dan saya sering berulang alik ke sana. Dan sekarang mereka sekeluarga sudah berpindah ke Kota Bharu, hanya telefon dan sesekali surat menyusul menyambung kasih. Saypol seorang bayi yang comel suatu ketika dahulu(but anyway semua baby adalah comel - lantaran putih bersihnya tanpa mengutip secebis dosa)dan suka tersenyum. Hati kita akan menjadi sejuk, aman selesa ketika menatap wajahnya yang manis tersenyum. Masih teringat suatu ketika dulu kami menaiki PUTRA LRT dan beliau di pangkuan mamanya boleh tersenyum manis dengan orang yang tidak dikenalinya. Sekarang Saypol berumur 9 tahun, pewatakkan manisnya sudah semakin hilang diganti dengan kelam kehitaman kerana sering bermain bolasepak walaupun hari belum tentu petang. Kurus kering walaupun menurut mamanya beliau kuat makan. Timbul rasa hairan kerana ketika saya pulang bercuti dan takkala berkunjung ke rumahnya, memang beliau seorang yang kuat makan. Saya tidak pasti kemana pergi semua zat makanan yang ditelannya!!!
Sepatutnya semalam saya juga pergi ke Shah Alam sebagai `membayar hutang' kepada sahabat saya Wani. Memandangkan kami akan bergilir untuk melawat kediaman masing-masing dan sepatutnya semalam adalah giliran saya. Semuanya terbatal kerana kesihatan yang tak mengizinkan...sudah tua rupanya saya. Lain kali ya!
Memandangkan seharian berada di rumah dan mood untuk keluar dan menghiburkan diri tak ada, saya menghabiskan buku `The Witch Of Portobello' karya Paulo Coelho. Biasalah karya penulis hebat bukan dibaca sekadar untuk mengisi masa. Saya menyerahkan seluruh jiwa raga untuk memahami setiap patah yang terlahir dan terzahir dari penulis hebat ini. Setiap ayat yang dibaca, direnung pula pada diri. Sememangnya banyak yang terkena pada batang hidung sendiri
Pada Ahad, malamnya saya menyambung pula pembacaan buku Kuras-Kuras dari AA. Masih di Bab 4. Saya kagum dengan penulisnya kerana bakat dan kebolehannya dalam mengolah dan mengembangkan watak-watak dari individu-individu keliling yang rapat dengannya kepada satu karya kreatif yang hebat. Alangkah bagusnya jika saya juga boleh menjadi sehebat beliau, namun sehingga kini apa yang termampu dibuat ialah memasang angan angan dan entah bila akan menjadi kenyataan....:-(
Saya juga sudah lama berangan-angan untuk memiliki sebuah kamera digital sendiri untuk merakam kenangan terutama takkala bersama anak2 buah di musim perayaan. Sungguh pelik bin hairan dan ajaib kerana saya masih gagal untuk memiliki kamera.Wah hal ianya bukanlah sesuatu yang mahal dan tidak mampu dimiliki. InsyaAllah jika semuanya berjalan lancar saya berazam untuk membelinya dalam tahun ini iaitu sebelum Hari Raya Puasa menjelang.

Wednesday, April 23, 2008

KHAMIS

Puasa
Hari ini sudah tidak berpuasa lagi setelah puasa 7 hari berturut-turut(kecuali hari minggu)berpuasa. Sebenarnya puasa tidak menjejaskan apa-apa pun pada diri saya. Tidak ada rasa letih, lemah dan kelaparan. Mungkin berpunca dari tidak pernah mengajar perut untuk menerima makanan ruji 3 kali sehari. Alhamdulilah juga kerana sebenarnya puasa juga mengajar dan mendidik jiwa, mendisiplinkan diri untuk banyak bersabar. Saya sepatutnya menga'dakan puasa ini sudah lama dulu tetapi entah kenapa diri begitu malas untuk menerima arahan dari otak sehinggalah pada 14.4.2008 baru terbuka hati untuk melakukannya.
Menulis
Dalam minggu ini juga saya begitu malas untuk menulis, entah kenapa. Walaupun selalu bertekad dalam diri dan berniat dalam hati untuk sentiasa menulis setiap hari hatta apa jua yang menghalang sekalipun tetapi nampaknya `mood' juga mempengaruhi diri. Saya bukan dilahirkan untuk menjadi seorang penulis tetapi melihat kehebatan insan-insan lain timbul jaki dalam diri dan tertanya sendiri kenapa aku tidak boleh menjadi seperti mereka. Apa yang pasti kegilaan saya membaca adalah lebih utama berbanding menulis. Keutamaan saya adalah lebih terarah untuk `diberi ilmu' dan bukan `memberi ilmu'.
Sekarang saya sedang menghabiskan buku Kuras-Kuras Kreatif tulisan Azizi Hj.Abdullah. Baru dua bab. Saya sayang untuk menghabiskan dengan cepat memandangkan `pendedahan' Azizi terlalu banyak dan mengejutkan saya. Azizi seorang penulis yang prolifik dan karya-karyanya telah saya kecapi dari zaman persekolahan. Banyak kejutan yang terdapat dalam buku ini dan saya sememangnya mengemari buku-buku sebegini kerana ianya secara jujur lahir dari diri penulis tanpa perlu menokok menambah untuk menyedapkan cerita. Saya sememangnya mengemari Biografi dan Kisah Benar, selain hasil kreatif yang tidak tertumpu kepada kisah peperangan dan seram. But anyhow i prefer a good book than a friend! :-)
Ruswaniwati
Kawan saya wani, as i called her for a short. She intended to buy a house somewhere in Shah Alam or Puchong. Hopefully she will get her dream house soon and will move in. Its been a long time she kept dreaming to own a house and dont worry girl, its gonna be yours soon. Moga Allah permudahkan urusan kita semua.
Mum and Dad
I used to call my mum and dad every alternate nite normally during dinner time. Lately i miss them so much and staying far a away from them make me worry a little bit. Malam tadi ada peristiwa lucu bila ma memberitahu aku yang my big sister has told her that abah kami terkena buatan orang yang menyukai abah lalu mengenakannya dalam minuman. Pelik juga sebab abah aku kelihatan sihat sejahtera dan tak ada apa-apa yang membuatnya resah gelisah. Aku hairan campur ajaib kerana diikutkan abah aku jarang minum di luar. Kakak aku juga mengatakan yang rumah ma dan abah aku tu telah diletak sesuatu oleh orang yang sakit hati terhadap mereka. Entah betul entah tidak hanya ma, abah dan Allah Taala saja yang Maha tau. Hati aku kuat mengatakan sebenarnya tak ada apa-apa yang berlaku.
PS- Today i bought sepasang kain dari Diras Collection price RM68.00

Wednesday, April 16, 2008

Nineteen Minutes



Ini merupakan buku terbaru yang saya habiskan. Nineteen Minutes(NM) mengisahkan pembunuhan di sebuah sekolah tinggi di Amerika Syarikat. 10 orang dibunuh secara rambang oleh seorang pelajarnya hanya dalam masa 19 minit.
Pengolahan cerita ini lain dari yang pernah saya baca kerana gaya penceritaannya meliputi sebelum dan selepas kejadian. Pembunuh/pelajar berkenaan diperincikan dari akar umbi sehingga membawa ke hari kejadian. Bagaimana ibubapa pelajar berkenaan, personaliti, cara dididik, pergaulan sehinggalah membawa kepada protes dan amuk yang mengejutkan rakan dan taulan.
Saya tabik kepada penulisnya iaitu Jodi Picoult kerana karya kreatif ini bukanlah terhasil dengan mudah. Rasanya banyak kajian yang perlu dilakukan dan individu yang perlu ditemui. Saya simpati dengan Peter(pelajar berkenaan). Malahan cerita ini membuatkan saya sedar implikasi yang akan diterima sekiranya kita mengambil mudah terhadap kanak-kanak yang kerap dibuli, merasakan tidak dihargai dan the most important part is how we treat our kids from the beginning.
p.s sebolehnya saya nak menulis dengan lebih kerap tapi tuntutan kerja terpaksa didahulukan.

Tuesday, April 8, 2008

Kemarahan


Ini kawan saya. Vijayaletchumi and vj for a short. Vj seorang yang istemewa kerana anda tak akan merasa lemah semangat, putus jiwa dan kecewa berlarutan jika anda merujuk kepadanya untuk setiap permasalahan dan ini saya tau kenapa. Vj banyak membaca buku motivasi dan untuk setiap perkara baru yang diperolehinya akan disebarkan pula kepada kawan-kawanya dan saya adalah salah seorang yang bertuah. Terima kasih kepada SMS yang memainkan peranan besar di zaman ICT ini.
Suatu ketika, salah satu perkara yang saya paling alah ialah kegagalan mengawal kemarahan. Di waktu usia muda belia saya cukup mudah melenting untuk sesuatu yang tidak puas hati, kemarahan dan dendam berlarutan, berteman dengan rasa tidak puas hati dan hasad melingkari. Menginjak usia senja kegagalan untuk mengawal rasa dan sifat jengkel ini masih ada walaupun sudah semakin reda. Rasa putus asa, lemah semangat dan putus jiwa sering menghimpit untuk setiap kegagalan. Merintih dan menyalahlah takdir.
Vj adalah salah seorang peniup semangat. Baginya hidup adalah mudah. Pandanglah masa hadapan dengan azam, kutip sisa-sisa semalam untuk jadikan pengajaran dan jalani hari ini dengan cemerlang. Motivasinya menggunung dan ini sesungguhnya membuat kita malu sendiri lantaran sikap dan sifat yang alpa untuk mengsyukuri. Pesan Vj, penuhi diri dengan ilmu walaupun hanya untuk kekayaan jiwa. Bina jati diri dan buang semua sifat-sifat negatif yang akhirnya hanya akan menelan diri sendiri.
Melihat pada diri sendiri saya terlalu kerdil untuk menasihati orang lain tapi Vj cukup mengajar saya waktu untuk cool down, tau bila masa untuk redha dan reda, mengurus kemarahan dan membuang rasa dendam. Ianya payah namun sebagai manusia yang ada akal fikiran, dengan keazaman untuk berubah dan dengan kepercayaan hukum karma, saya didik diri untuk cuba memandang dunia ke arah jalan yang diredhai Tuhan.
Berikut ialah antara kata-kata yang diceduk yang boleh diterimapakai untuk kebahagian hidup:-

i) Jangan bimbang
ii) Jangan biarkan ketakutan tidak beralasan menguasai hidupmu
iii) Jangan menyimpan dendam
iv) Selesaikan masalah dengan bijak(one by one)
v) Semua masalah tak perlu dibawa tidur
vi) Jangan mencampuri masalah/urusan orang lain
vii) Jangan hidup pada kenangan silam
viii) Jadilah pendengar yang baik
ix) Jangan biarkan rasa kecewa merosak dan mengatur hidupmu
x) Hitunglah rahmat Allah-pastikan anda sedar bertapa bertuahnya anda!

Sunday, April 6, 2008

Kematian



Kematian?suatu hakikat yang perlu ditempuhi untuk setiap jasad berjisim. Tidak kira tua, muda, sihat walafiat atau sakit berlarut. Jika ajalnya sudah mengetuk menghampiri tiada siapa dan apa boleh menghalangnya.
Di sebelah ialah kawan sepejabat Allahyarham Sy. Mohd Faruk bin Sy. Abdul Malik di usia muda belia telah meninggalkan apa yang belum sempat diperolehinya di kemuncak usia. Meninggal ketika berusia 36 tahun kerana komplikasi paru-paru pada awal tahun 2007. Tiada siapa yang menduga dan menjangka kerana sesungguhnya ajal itu di tangan Dia yang Maha berkuasa selain rezeki dan jodoh.
Sesuatu yang pasti telah berlaku tapi kita sebagai hambaNya adakah telah mempelajari dan memperolehi sesuatu? Rasanya banyak amalan yang masih terabai. Banyak perkara yang sepatutnya boleh dibuat bekal tapi masih lagi cuai.
Saya telah kehilangan nenek di sebelah ibu(2007) dan datuk(2003) di sebelah abah. Masing-masing telah berusia 80an. Tanpa membawa penyakit berat yang melarat, diri tertanya sendiri, adakah aku akan sedemikian rupa. Aku belum bersedia untuk meratapi insan terdekat menuju abadi. Sakit ma dan abah acapkali menyentap sanubariku.Tapi itulah realiti, selagi bergelar manusia, tanpa redha dan rela, itulah jalan dan hala kita.

Thursday, April 3, 2008

Muhaizan - The Untold III


1978- 1983

Di usia sebegini sememangnya sungguh menyeronokkan. Kalaulah masa boleh kembali semula ke zaman tersebut, saya tidak teragak-agak untuk mengulangi saat dan kegemilangannya.

Ibu kebiasaannya akan ke pekan Rantau Panjang atau ke seberang Sg. Golok pada setiap awal bulan atau setiap kali hasil getah dijual. Kami anak-anaknya akan menunggu dengan sabar di rumah menuntut ole-ole dari ibu. Memang itulah kebiasaannya. Dan biasanya ibu akan membeli mee goreng, nasi berlauk dan macam-macam lagi yang lain dari yang lain, memandangkan pada hari-hari biasa kami hanya akan memakan roti canai atau nasi semalam yang pada aku cukup sedap, tak perlu dihangatkan dan cukup menyelerakan . Jika dikenang kembali barulah aku sedar kenapa sekarang aku menyukai mee goreng, rupanya ia adalah satu makanan yang cukup mewah dan jarang-jarang diperolehi ketika kecil.

Pada ketika ini juga ibu akan membeli daging atau ayam dan beberapa barangan lain yang tidak termampu dibeli pada hari-hari biasa terutamanya ketika hujung bulan. Lauk kami pada kebiasaannya hanya ikan tuna(ikan aya atau tongkol) rebus dan digoreng. Tak dapat dibayangkan bertapa bosannya aku disua dengan lauk yang sama pada tiap-tiap hari, sehinggalah pada suatu hari terkeluar juga dari mulut aku `Ma, kenapa kita hari-hari makan ikan rebus je?' Dan masih terngiang di telinga ku, jawapan ibu `Jika nak makan lauk ayam dan yang sedap-sedap, kenalah belajar rajin-rajin' . Tapi aku? rajin belajar? Tidak pernah ada keinsafan di usia tersebut. Buktinya aku sanggup ponteng sekolah ketika hari pertama ibu membawa pulang sebuah tv hitam putih. Pada aku ia sesuatu yang patut dirai dan dirayakan.

Tahun 1982 hingga 1983, iaitu dari darjah 5 hingga 6 aku bersekolah di Sek.Ren. Keb. Paloh Kota Bharu. Aku tak tau kenapa, pada tahun 1982, kami berpindah ke Kota Bharu, Kampung Pintu Geng, kampung ibu. Bermulalah satu perjuangan baru untukku. Sekolah baru, kawan baru, suasana baru dan serba-serbi baru yang perlu diadaptasi semula oleh aku. Tapi itulah kehidupan, kena pandai dan cekal membawa diri.

Zaman persekolahan cukup mencabar kerana saingan cukup hebat. Aku kanak-kanak normal yang boleh dikategori tidak terlalu pandai dan tidak terlalu bodoh. Aku meminati mata pelajaran Bahasa Inggeris tapi aku cukup bodoh dalam mata pelajaran ini. Menulis dan membaca masih merangkak-rangkak dan aku cukup malu dengan kawan-kawan yang telah terkehadapan.Dengan usaha dan tekad untuk mengubah diri, aku belajar menyintai subjek ini, mula menanya individu yang arif, mula mendengar dan membaca dalam bahasa inggeris dan sebagainya. Ibu banyak memberi sokongan walaupun tidak berbentuk wang ringgit .

BERSAMBUNG....

Tuesday, April 1, 2008

Muhaizan - The Untold II

Sekitar 1971-1981

Merupakan tahun-tahun permulaan untuk mengenal hidup. Tahun mula-mula merangkak untuk mengenal realiti. Saya dimaklumkan oleh ibu bahawa saya dilahirkan di Kota Bharu tetapi seingat akal saya membesar dan mula mengenal ABC di Rantau Panjang. Tahun 1971 saya dilahirkan setelah kelahiran saudara sulong perempuan pada tahun 1963 dan saudara lelaki pada 1968. Merupakan anak ke tiga sebelum ibu menutup tirai dengan seorang saudara lelaki pada tahun 1973.

Saya dilahirkan dari keluarga susah. Tapi pada usia semuda rebung apa erti kesusahan.Apa yang menjadi keutamaan ialah keseronokan menjadi diri sendiri.Tiada apa yang bermain di kepala, tiada rezeki yang perlu dicari, tiada kesusahan yang perlu dirintihi dan tiada masalah yang perlu diteliti. Seingat saya, ibu mencari rezeki dengan menoreh getah dan membuat kuih untuk jualan. Bapa di awal kehamilan ibu telah betolak ke Jerantut lantaran tuntutan pekerjaan. Menurut ibu, bapa pada mulanya tidak berhasrat untuk bekerja di Jerantut tapi atas desakan ibu yang bertalu agar bapa menerima tawaran tersebut kerana dari pengamatan ibu, bapa tidak mempunyai minat atau kecenderungan langsung untuk menjadi seorang penoreh getah.

Berada di alam ini adalah satu keseronokan. Membesar sebagai budak kampung yang banyak tidak diketahui melainkan alam sendiri. Pergaulan abang dan adik lelaki menyebabkan saya juga menjadi seperti sebahagian dari mereka. Di ketika ini kakak saya belajar di Kota Bharu demi mendapat didikan yang lebih terurus bersama makcik dan nenek sebelah ibu.

Kegiatan saya ketika di usia tersebut selain menyusahkan ibu,saya juga mengikut aktiviti saudara lelaki saya iaitu memancing, melastik burung, mandi sungai, bermain mak yung, wayang kulit, menjadi penoreh dan lain-lain aktiviti yang tidak terfikir olah akal. Saya juga menyukai binatang seperti kucing, kambing dan anjing. Masih kuat di ingatan macamana anjing yang dibela ibu untuk menjaga kediaman telah disalahgunakan oleh saya. Saya telah menganggapnya sebagai `pet' dengan mandi, bermain dan makan bersamanya. Berwarna tompokan hitam-putih, besar badannya dan amat garang tapi tidak pada tuannya.Ia akan menyalak bertalu-talu jika seseorang yang tidak dikenalinya menghampiri kawasan kediaman kami. Menurut ibu dia mendapat anjing tersebut dari seseorang dan telah membelanya dari kecil. Kebiasaannya dia akan ditambat pada tiang di hadapan rumah kami dan pada sebelah malamnya akan tidur di atas batu besar di belakang rumah. Anjing tersebut menurut ibu banyak jasanya, menemani ibu menoreh di awal subuh, menjaga rumah ketika ketiadaan penghuni dan sebagainya. Ibu akhirnya terpaksa menyerahkan anjing tersebut kepada seseorang kerana ianya terlalu garang dan menyebabkan kami menjadi ketakutan dan umpatan jiran. Ibu menangis, mungkin saya juga tapi di ketika itu, itu adalah keputusan yang tepat.

Rasanya membesarkan anak sendirian tanpa suami di sisi adalah satu cabaran yang cukup besar untuk ibu apa lagi dengan kegiatan kami yang cukup menguji kesabaran ibu. Di awal-awal tahun persekolahan ini juga saya cukup malas untuk ke sekolah, lebih seronok bermain. Adalah satu keseronokan yang tidak terhingga jika dapat ponteng sekolah dan menghabiskan masa dengan mandi sungai, masuk hutan dan lain-lain aktiviti yang langsung tidak bererti. Kebiasaanya saya juga terpaksa menemani ibu menoreh jika paginya masih terlalu kelam dan ibu memerlukan teman. Ibu tidak memberi upah sebaliknya saya akan meminta upah untuk tidak mau kesekolah. Di waktu itu pandangan saya mengenai sekolah ianya adalah sebuah penjara yang menyekat kebebasan.

Saya mula mengenal sekolah pada tahun 1978 iaitu sebagaimana yang diwajibkan oleh Kerajaan setelah berusia 7 tahun. Bersekolah dari darjah 1 hingga 4 di Sek. Ren. Keb. Rantau Panjang. Sekolah besar yang berhampiran dengan jalan yang besar Rantau Panjang dan juga Thailand. Agak merbahaya jika tidak berhati-hari dengan trafik. Selain dari warga dari Malaysia terdapat juga warga melayu siam yang belajar di kelas saya. Kebiasaanya kami akan berkolek ke seberang melalui Sg. Golok di waktu rehat untuk bersantai. Dengah dayuhan dari budak-budak yang seusia 6 dan 7 tahun kami merasakan ianya adalah cukup selamat dan selesa.

BERSAMBUNG.....

Terima kasih

Apart from my parents, siblings and relatives, these are the people that make me worth living :-

i)Roswaniwati Mohd Nor - She is my best friend. The one that i can lean on. Put my shoulder to cry on. We are together and stick as best friend since we were in form 3, Sek. Men. Keb. Kota, Kota Bharu, went through thick and thin together. We are totally differ in many ways but hey.... friends were made to complete each other. Nowdays she is working somewhere in Shah Alam and coz of the work commitment we just hang up together once a while. So that's it!

ii)Vijayaletchumi a/p Maniam - She is a friend full with motivation words. I knew her since my diploma years in Universiti Teknologi Malaysia, (UTM)Jalan Semarak, KL. She is originated from Kuantan and did traveled every alternate weeks to attend the classes. I turn to her when i feel bad and she never failed to cheer me up. What i respect abt her is she always in positive and good mood....well maybe coz of the motivation books that she keep on reading. She just a gift and trust me u'll be glad to have her as a friend. She manages herself well and i envy that! Once she told me `YOU WILL LIVE LIKE HELL IF U DONT HAVE ANY FRIENDS'.

iii) Roseni Shaari-An old buddy from politechnic and ex-LLM staff, she's working in MATRADE now and also busy with her daily routines. Thanks for keep SMSes me once a while. She is good coz no matter how busy, she's always try to keep the r'ship alive and i salute her for this kind of attitudes.

iv)Ghazali Wahab, Nor Azman Ghani, Sarimah, Rusnani, Jue - These are my friends from polytechnic years (Politeknik Kota Bharu). Thanks for still have an extra time to chat with me once a while.

v) Kawan-kawan sepejabat dan jiran tetangga yang masih sudi untuk menanya khabar dan ambil berat. Thanks, sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalas terhadap jasa-jasa yang kadang-kadang teralpa kerana kita sebagai hambaNya tak pernah lari dari sifat pelupa.

Sunday, March 30, 2008

Usman Awang Biografi dan Benua Rusuh

Saya baru sahaja menghabiskan biografi Usman Awang hasil tulisan Sasterawan Negara (SN)Muhammad Haji Salleh. Seronoknya membaca tulisan dari SN menulis tentang SN yang lain. Secara khususnya saya tidak meminati Usman Awang, tapi pada umumnya saya suka membaca karya-karya hebat, menulis tentang seseorang yang hebat walaupun orang yang membacanya tidaklah sehebat mana :-).

Dari biografi ini juga ianya membuka ruang minda saya tentang banyak perkara mengenai SN Usman Awang. Bagaimana beliau hanya lulusan darjah 6, bermula dari susur galur yang susah, penuh kepayahan bertukar menjadi manusia hebat dan akhirnya mendapat gelaran Datok Dr. di penghujung usia. Semangat dan kesungguhan yang ada pada SN Usman amat dikagumi, seorang manusia yang mempunyai imaginasi yang tinggi sehingga tercipta hasil karya yang berjiwa.

Berbalik kepada penulis SN Muhammad Haji Salleh. Bahasa digarap sungguh indah dan mudah, walaupun bernada lembut tapi tegas. Sesungguhnya bukan mudah untuk menulis sebuah biografi, untuk berlaku adil kepada semua pihak, apalagi untuk memuaskan hati semua terlibat. Dengan kajian terperinci, dengan temuramah yang tidak semuanya datang dengan ramah tamah, dengan tuntutan masa yang tidak menentu. Sesungguhnya saya cukup kagum dengan hasil usaha sebegini. Penat jerih untuk menulis sebuah biografi bukan mudah. Apalagi datangnya dari SN hebat ini.

So guys, just go and grabs the book!

The Birthday

Today is 31st March and is my birthday. It seems so funny coz at this old age you still receive a greeting. Terima kasih Tuhan kerana dalam usia begini aku dikurniakan dengan kesihatan yang masih baik walaupun tidak secergas seperti dulu. Kita kadang-kadang lupa bahawa masa makin meninggalkan, mengikis semua kenangan dan membiarkan empunya diri dimamah usia.

Yesterday my best buddy did come here and we just roamed around in the mood of my birthday and the place was Metro Kajang. I was feeling good coz it been along time tidak melawat Kajang. A very crowded place and the traffic was so peak in whatever time and i hate it so much. Since nothing in particular we just get a ticket for a movie and `vantage point' was our mangsa. A very pack action movie, If u like 'italian job' u will also hook into this movie. After that we have our lunch at odd hour with sizzling mee and claypot rice. The taste was so weird (claypot rice).

Late last nite, i received a wish from him. Aku tak pasti kenapa dia masih nak mengingatinya. Anyway thank you. Cinta tanpa keberanian dan tindakan itu bukan cinta namanya. It maybe a lust but not a love. Azam aku untuk hari-hari mendatang ini as usual to live a life in positive way, positive attitudes and positive thinking. Do something that i like and do not burden myself dengan sesuatu yang mendukacitakan aku, yang buat aku membazir masa memikirkannya dan tidak mendatangkan hasil. Aku juga ingin jauhi dendam dalam diri , menepis segala hasad, ingin lari dari segala sifat2 jaki yang mengotorkan hati dan diri. Tolong aku YA ALLH. LIFE IS SHORT!