Tuesday, February 10, 2009

KEINGINAN

Azamku untuk menulis masih tersemat rapi, entah bila akan terlerai.Aku sebenarnya suka dan terlalu suka membaca karya orang lain, mengintai pengalaman orang dan mengembara melalui kacamata orang. Dulu aku suka membaca hanya untuk mengisi masa lapang dan kini aku ketiadaan masa lantaran terlalu suka membaca. Pintaku biarlah ia membuah kepada sesuatu yang baik dan bakal diwarisi/dicontohi oleh generasiku yang akan datang.
Aku tidak mengimpikan sebuah karya yang agong, cukup sekadar sekiranya aku boleh menulis sehebat Andrea Hirata, Fatimah Busu, Zaharah Nawawi, Abdullah Hussien, Azizi Abdullah dan lain-lain yang boleh mengoncang sanubariku. Aku terlalu suka membaca autobiografi, kisah benar, pengalaman hidup dan apa sahaja yang berbentuk kreatif. Andrea Hirata ialah penulis terbaru yang berjaya mengetuk pintu hatiku untuk membaca karya Indonesia(itupun setelah dialih bahasa). Andrea seorang penulis yang menulis dari kata hati, penulis yang tiada ilmu penulisan, menulis sesuatu yang jarang ditulis orang dengan gaya bahasa yang belum pernah aku baca. Tulisannya membuat aku berfikir, tersindir dalam ketawa, tersenyum dalam kelucuan dan terharu dalam kekaguman. Aku belum pernah membaca karya yang ditulis sebegitu rapi dan teliti, tidak berbentuk motivasi tetapi terasa terisi. Bolehkah aku menulis seperti Andrea, rasanya tidak dan cukuplah hanya ada seorang Andrea Hirata.
Kesibukkan kerja juga membelenggu aku dari meneruskan hasrat ini. Tapi ini semuanya alasan kerana pepatah ada mengatakan `kalau hendak seribu daya'. Aku malas menulis di rumah berdasarkan faktor ketiadaan pc, masaku untuk membaca terhalang, aku sudah penat mengadap pc di pejabat dan lain-lain alasan remeh. Kalu macam ini bila masa aku akan menulis?? Nampaknya akan kutunggu lagi agar keinginan ini betul-betul membuak dan tidak dapat dihalang. Untuk sementara ini biarlah aku menghargai karya orang kerana terasa alangkan ruginya sekiranya sebuah karya yang hebat tidak dibaca dan dihayati malah dibiarkan begitu sahaja.

Friday, February 6, 2009

SEBUAH DENDAM YG SURAM

Siapa yang tidak pernah berdendam? Aku pernah dan masih. Walaupun hati dan mulutku cuba untuk menidakkan dengan kata-kata tapi jauh di sudut hati ianya masih melekat dan sukar dibuang. Aku selalu bertekad dalam diri dan hati untuk menjauhi sifat tersebut dan cuba mengubatinya dengan mengambil pendekatan yang positif tapi jauh di sudut hati ianya masih melingkari dan sukar untuk dileraikan.
Aku cuba mengikis sifat ini bertahun lamanya, mengubati dengan segala usaha yang ada, jerih yang masih bersisa. Namun sukarnya ia untuk berpisah dengan jasad menjadikan aku manusia yang masih belum berupaya untuk bergelar layaknya `manusa'. Kenapa aku masih berdendam? Kenapa mulutku mudah untuk menuturkan `Aku maafkan kau' sedangkan hakikatnya masih ada api yang belum padam?

Thursday, February 5, 2009

BE POSITIVE!

Aku selalu menekankan, walaupun apa jua masalah/kerenah yang mendatang, cubalah hadapinya dengan tenang dan menganggapnya hanya satu masalah sementara yang tak akan membelenggu aku dalam masa yang lama. Aku selalu ingatkan dalam diri, masa sukar pasti akan berlalu. Tetapi aku ni hanya manusia biasa, terkadang geram juga bila sesekali diri disapa dengan kerenah. Alhamdulilah, selayaknya aku hanya dihampiri dengan masalah2 ringan yang tidak terlalu membebankan kepala otak. Allah Maha Mengetahui, Dia tahu kemampuan hambaNya dan aku bersyukur untuk itu.

Rasa geram pada individu tertentu lantaran rasa ketidakadilan cuba ku buang jauh2 dan cuba menganggapnya sesuatu yang positif. Tiada manusia normal rasanya yang tidak mempunyai sifat2 negetif yang sesekali wujud dalam diri. Rasa meluat, menyampah, dendam membara, sedih mengila, marah menyala, dengki menghasut dan lain-lain yang negetif kekadang terlalu sering rasanya menyapa aku. Alhamdulilah rasanya dengan peningkatan usia ini aku hampir mampu dapat mengatasi rasa membuak untuk menumpahkan segalanya. Terima kasih kerana pada diri masih wujud rasa kewajaran untuk bertindak di luar batas normal. Ini bukan sesuatu yang mudah sebenarnya sekiranya kita gagal untuk mengawal batasan diri. Terima kasih Tuhan kerana menjadikan Muhaizan Ishak ini masih boleh bersifat dan bersikap waras!!!!

Wednesday, January 28, 2009

I MISS U

Testing my blog setelah lama tidak menulis

Thursday, January 15, 2009

Rindu untuk menulis!!!

I did miss my blog very much tapi tuntutan kerja menggila banyaknya...dan aku tidak akan menulis jika ianya adalah satu paksaan.

Membaca karya penulis hebat Indonesia Andrea Hirata menjadikan aku makin ketidaktentuan kerana aku juga ingin menulis, menulis dan terus menulis....ya Allah tolonglah aku.

Wednesday, June 4, 2008

KHAMIS

Aku sering mengalami sakit kepala terutama di sebelah petang. Walaupun tidak terlalu sakit tapi aku runsing juga kerana ianya hampir terjadi tiap-tiap hari. Aku khuatir jika penyakit lain pula yang menyusul ekoran dari sakit kepala ni. Ya Allah, aku mohon pada Mu agar dijauhkan segala penyakit yang menghalang aku untuk masih lagi ingin berbakti dan berbudi. Aku biasanya akan makan panadol jika sakit terlalu tapi untuk memakannya tiap-tiap hari aku tak sanggup.

Tuesday, June 3, 2008

RABU

- Pada 13.5.2008, Supiah Mat Hassan kawan semasa zaman Politeknik Kota Bharu datang melawat. Rasa sungguh teruja kerana ianya tanpa dirancang. Bayangkan selepas hampir 9 tahun tidak berjumpa, kesempatan itu datang pada hari ini. Bawa beliau ke Putrajaya(as always) dan makan sate kajang. Sesuatu yang mesti untuk first timer. Su sebenarnya ada kursus di INFRA Bangi selama lebihkurang seminggu. Su, its good to see u back, its true we are getting old, but that are life's about. Sedekah sedikit untuk anak-anaknya.
- Service kereta pada 28.5.2008 yang keKM60,000. Roughly aku service kereta dalam 2 kali setahun. Oklah tu untuk orang yang tidak lasak seperti aku. Bajet untuk major service tapi nampaknya still routine(minor) service, so selamat lagilah duit aku dan boleh spend for something else :-).
- Pada Sabtu, 31.5.2008, ke Majlis Khatam Al-Quran, Muis, anak rakan sejawat di Desa Pinggiran Putra. Sempurna majlisnya dan aku rasa kagum. (Muis bersunat pada Isnin 2.6.2008 kemudianya). Bersama-sama Mashitah dan Norlida yang kedua-duanya nampak bagus tapi as usual kami sesat...tapi still seronok mencari. Aku akui memang lemah dan blur kalau bab jalan dan laluan. Nampaknya otak aku memang tidak direka untuk mengingati benda tu semua.
- Pada sebelah petangnya my ex-UTM's friend and now bertugas di Majlis Daerah Kinta Selatan, Vijaya datang and slept in my house dan as usual pada malamnya aku bawanya melawat Putrajaya dan makan sate kajang. Memandangkan di Kajang sesak, aku hanya membawanya di Restoren Yus yang turut menjual sate. Nasib baik Vj bukan peminat sate. Vj tidak menghayati sangat Putrajaya malah becok bercerita tentang dirinya.(aku kekadang terpaksanya menyuruhnya berhenti bercakap sebab aku `penat' mendengar dan tidak faham...hehe) Maklumlah kami hampir 5 tahun tidak berjumpa dan hanya `bersua' via sms. Sesuatu yang baru, Vj memaklumkan bahawa beliau telah selamat mendaftar perkahwinannya dengan seseorang tapi masih belum menjalani upacara secara adat lantaran rintangan keluarga. Aku doakan semoga semua urusan pernikahnya dipermudahkan....at the same time aku kena mula survey hadiah perkahwinannya, maybe di Kota Bharu.
Esoknya ikut beliau pergi melawat kawan NGOnya di Taman Duyung Seremban. Selepas itu kami melawat muzium Seremban dan Kraftangan Seremban. Walaupun tidak membeli apa-apa seronok jugak sebab dapat aplikasi kamera yang baru dibeli.
- 3.6.2008, aku dapat memo sulit dari Bahagian Sumber Manusia untuk menyediakan gambar passport dan i.c. Belum pasti untuk apa, aku berharap ianya bukan sesuatu yang menimbulkan masalah tapi memberikan kebaikan untuk aku. Aku masih tidak mau berfikir untuk apa sebenarnya kerana tidak mau nanti hasilnya akan mengecewakan.
- 4.6.2008, punchkad aku merah today. Itulah, gamaknya aku leka dengan aktiviti pagi sehingga terlupa untuk bersiap awal. Tapi takpelah mana ada manusia perfect. Kalau sempurna sentiasa, itu bukan manusia namanya.